PEMENANG NILAM BULAN APRIL


Pada 15 Jun 2011, seramai 76 orang murid SKMB II yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas PSS, ketua kelas dan 8 orang guru pengiring telah mengadakan lawatan ke negeri Perlis. Bertolak pada jam 7.30 pagi dengan menaiki 2 buah bas, destinasi pertama ialah ke Sekolah Kebangsaan Sena. Ketibaan kami disambut meriah oleh barisan pengawas, pengawas PSS, Guru besar dan guru-guru kanan SK Sena. Tayangan gambar hasil kreativiti pelajar dan persembahan 'Jumpers' cukup menarik perhatian kami.Seterusnya kami dibawa melawat sekitar sekolah. Pada sebelah petangnya kami melawat Taman Ular. pelbagai spesis ular dapat disaksi di situ. Akhir sekali ahli rombongan berkunjung ke Padang Besar. Hampir 2 jam berada disana, pelbagai cenderahati dan buah tangan dapat dibeli untuk dibawa pulang . Harap hasil lawatan ini dapat menambah pengalaman dan pengetahuan kepada murid-murid.