JADUAL PENGGUNAAN PSS

HARI PERSEKOLAHAN


(PERPUSTAKAAN, BILIK MULTIMEDIA, & MAKMAL KOMPUTER)
PAMERAN DAN JUALAN BUKU

Pada 24 Mac 2011, pameran dan jualan buku telah diadakan di dewan terbuku SKMB 11  bermula jam 9 pagi hingga 2 petang. Aktiviti ini adalah anjuran bersama PSS dengan  Koperasi USM  di bawah Program 'Book Attack'. Program ini bertujuan memenuhi objektif NILAM iaitu menarik minat murid-murid  ke arah menyemai budaya membaca yang berterusan.


HADIAH UTAMA BAGI PEMBACA TERBANYAK 2011



Bengkel Perkongsian Pintar

BENGKEL PERKONGSIAN PINTAR PEMBELAJARAN MATEMATIK DI DALAM MAKMAL







Pada 4 Mac 2011,  Bengkel Perkongsian Pintar Pembelajaran Matematik di Dalam Makmal telah di adakan di SK Saujana Indah. Bengkel ini adalah anjuran PPD Tengah yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Zaki b Hj Harun. Guru matematik SKMB 11 diwakili oleh Pn Azizah bt Razak dan Pn Rohana bt Wan Chee. Sebelum sesi bengkel peserta diberi sedikit taklimat oleh Guru Besar SK Saujana Indah iaitu Pn Hjh Laila tentang latar belakang sekolah dan aktiviti yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan prestasi pelajar khasnya dalam mata pelajaran Matematik. Setelah itu peserta di bawa menyaksikan suasana pembalajaran di makmal Matematik. Lawatan dan bengkel ini memberi penekanan terhadap aspek inovasi dan kreativiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Diharap pengalaman yang diperolehi dapat dikongsikan dan dipraktikkan bersama semua guru di  SKMB 11.
PEMENANG NILAM BAGI BULAN FEBRUARI 2011


LAWATAN KE BAZAR BUKU PULAU PINANG








Pada 6 April 2011, PSS telah mengadakan Lawatan ke Bazar Buku Pulau Pinang bertempat di Dewan Melinium Kepala Batas.Seramai 40 orang murid cemerlanng UPK 1 tahun 3 hingga 5 diberi peluang menyertai lawatan tersebut, Mereka diiringi oleh 4 orang guru iaitu Pn Che Maizun, Pn Rohana Che Man, Cik Norulaini dan Cik Deriseh. Peserta lawatan berpeluang memilih bahan bacaan yang diminati di samping menyertai pertandingan mewarna.
PENGIKTIRAFAN NILAM


Sebagai suatu usaha dalam memberi galakan kepada para pelajar untuk mempertingkatkan tahap pembacaan, suatu majlis Pengiktirafan NILAM telah diadakan pada 30 Oktober 2010 bersempena sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah. Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang berjaya mencapai tahap pembaca Terbanyak sepanjang Tahun 2010 berdasarkan Rekod Catatan NILAM. Selain itu ianya juga dapat memberi motivasi kepada pelajar lain untuk mencontohi rakan mereka yang telah berjaya mencapai tahap pembacaan yang tertinggi. Diharap pada masa akan datang budaya membaca akan dijadikan amalan secara berterusan seterusnya melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan.



PENGAWAS PUSAT SUMBER

PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN

Suatu Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas PSS telah di adakan pada 2 Feb 2011. Majlis berlansung di Dewan Besar SKMB11 pada jam 8.15 pagi, dengan disaksikan oleh semua pelajar dan guru-guru. Turut hadir ialah Sarjan Zamri b Hashim dari Balai Polis Machang Bubok sebagai perasmi. Selaku Guru Besar Pn Hjh Aishah dalam ucapan beliau sentiasa mengingatkan semua pengawas PSS supaya sentiasa menjadi role model kepada pelajar-pelajar lain agar sentiasa menunjukkan contoh tauladan yang baik . Sebaik  sahaja selesai acara penyerahan watikah, semua pengawas PSS melafazkan ikrar. Harapan kita agar para pengawas PSS dapat bersama-sama menyumbang bakti dan mempromosikan PSS sebagai gedung ilmu kepada semua warga SKMB11.
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH


Program Kem Membaca 1 Malaysia  dan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah diadakan  serentak mulai  10 Okt 2011 hingga 1 Nov 2011.  Program ini bertujuan untuk menanam minat membaca yang berterusan terutamanya selepas peperiksaan dan memenuhi masa lapang  pada cuti persekolahan akhir tahun. Aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan pula bertujuan memartabatkan Bahasa Kebangsaan. Majlis Pelancaran dan perasmian telah diadakan di Dewan Besar SKMB 11 pada 10 Okt 2011 dengan dihadiri oleh semua murid dan guru SKMB11. Puan Hjh Aishah selaku Guru Besar telah sudi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Berikutan itu semua warga SKMBII membaca serentak selama 10 minit. Pada hari berikutnya, bacaan 10 minit diadakan setiap pagi ditapak perhimpunan. 

Aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan dipenuhi dengan pertandingan ejaan, cari kata, susun perkataan, silangkata, bercerita, bersyair dan mendeklamasi sajak Bulan Bahasa Kebangsaan dijalankan oleh Panitia Bahasa Melayu.
Sementara itu Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan 'English Day' pada 31 Okt 2011. Aktiviti yang telah dijalankan ialah spelling Bee, word puzle dan story telling

J/kuasa Nilam pula telah menyediakan ganjaran kepada pembaca terbanyak dan peminjam buku terbanyak sebagai galakan kepada murid-murid yang menunjukkan minat yang tinggi dan berterusan dalam aktiviti membaca.

Kebanyakan aktiviti dijalankan selepas PKSR 2. Pada 1 Nov 2011 telah diadakan Majlis penutup  dan Penyampaian Hadiah iaitu acara kemuncak  Kem Membaca 1 Malaysia dan Bulan Bahasa Kebangsaan. PK  Ko-Kurikulum En Shahrudin telah sudi untuk menyempurnakan majlis penutup. Majlis ini dipenuhi dengan acara pertandingan akhir ejaan, susun perkataan, bercerita, mendeklamasi sajak dan bersyair. Akhir sekali diadakan acara Pengiktirafan Nilam, penyampaian hadiah Bulan Bahasa Kebangsaan dan English Day. 

Diharap program seperti dapat menarik minat dan menanam tabiat membaca disamping dapat mencungkil bakat murid.



KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Keceriaan dan keselesaan dapat meningkatkan pemahaman murid semasa menimba ilmu. Pusat Sumber Sekolah telah menjalankan  aktiviti keceriaan secara berterusan. Terima kasih kepada semua guru,waris dan pekerja sekolah SKMBII yang bertungkus-lumus  menceriakan PSS.