Perkhidmatan



PUSAT SUMBER SEKOLAH
SK MACHANG BUBOK 11 

DIBUKA SEPANJANG WAKTU PERSEKOLAHAN

  ISNIN - KHAMIS : 7.30 Pg – 4.00 PTG

 JUMAAT  : 7.30 Pg – 12.30 tgh

HARI CUTI SEKOLAH
ISNIN  dan SELASA

9.00 Pagi – 12.00 tengah hari



PERKHIDMATAN PSS


 Pinjaman Jangka Pendek
Pinjaman buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen serta bahan-bahan pengajaran ringan. Pinjaman ini terbahagi kepada 2 jenis:


a)    PINJAMAN INDIVIDU
Iaitu dengan menggunakan kad pinjaman  “Smart Card” individu. Pinjaman ini dibolehkan dalam masa satu minggu ( tidak termasuk cuti sekolah). Pengguna boleh meminjam sesuatu bahan setelah diperbaharui tarikh pinjaman selepas seminggu sebanyak 2 kali jika tidak ada tempahan.


b)   PINJAMAN BERKELOMPOK
Pemlihan buku-buku yang sesuai di Bilik bacaan akan dibuat mengikut bilangan pelajar di kelasnya. Guru-guru kelas akan melakukan pinjaman secara kelompok. Guru kelas ini bertanggungjawab ke atas buku-buku tersebut. Pinjaman dan pemulangan mestilah dilakukan oleh guru dalam tempoh sebulan @ lebih. Semua buku yang dipinjam perlu dicatat nama dan nombor perolehan kedalam borang rekod penggunaan yang disediakan di PSS.

Pinjaman Terhad
Pinjaman Terhad adalah pinjaman buku-buku atau bahan-bahan bukan buku yang boleh
dibuat di dalam perpustakaan sahaja. Tidak ada kelulusan untuk pinjaman jangka pendek.
Ia adalah untuk pinjaman buku-buku rujukan, buku rak tertutup dan bahan-bahan media 
teknologi.          

Pinjaman BBM
Kemudahan ini adalah dikhususkan kepada guru-guru sahaja untuk tujuan pengajaran.
Pinjaman barangan ini terhad untuk jangkamasa satu hari sahaja dan perlulah direkodkan
ke dalam buku rekod yang disediakan di bilik PSS atau bilik khas masing-masing.. 


Penggunaan alatan AUDIO VISUAL 
Kemudahan ini adalah untuk pelajar dan guru secara berkelompok atau individu. Seseorang
pelajar ,guru atau sekumpulan pelajar boleh memperolehi apa sahaja bahan audio visual
untuk diikuti. Guru-guru misalnya boleh membawa pelajar-pelajar untuk menonton
tayangan video, slaid, filem, mendengar rakaman kaset dan seumpamanya. Individu juga 
boleh berbuat demikian. Pusat Sumber Sekolah menyediakan bilik SAL dan bilik tayangan 
khusus untuk pengajaran dan pembelajaran menggunakan alatan audio-visual.



Salinan rakaman AUDIO-VIsual
Kemudahan ini disediakan kepada semua pengguna Pusat Sumber Sekolah untuk 
mendapatkan bahan-bahan audio visual seperti salinan CD

PERKHIDMATAN TV PENDIDIKAN (ASTRO)
Sebagai media pendidikan,Tv turut memberi kesan dalam proses pembelajaran. Perkhidmatan Tv Pendidikan (ASTRO) boleh diadakan secara langsung atau secara “off-air”. Penggunaan secara langsung ini biasanya digunakan di sekolah – sekolah yang tidak mempunyai alat perakam video. Perkhidmatan secara “off-air” boleh digunakan bila – bila masa yang difikirkan sesuai kerana rancangannya telah dirakam terlebih dahulu. 

Setiap rancangan yang digunakan oleh guru–guru dan para pelajar sama ada secara langsung atau secara “off-air” mesti dicatatkan di dalam Buku Rekod Penggunaan Tv Pendidikan. Rekod ini dapat membantu pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah mengetahui tahap penggunaan program media ini.
* Perkhidmatan kampus astro telah ditamatkan.

PERKHIDMATAN ALAT PANDANG DENGAR
Perkhidmatan ini ditawarkan bagi memberi pinjaman alat-alat pandang dengar kepada guru dan pelajar. Koleksi alat-alat pandang dengar ini perlu juga dikatalogkan. Guru BBM hendaklah menyediakan katalog-katalog alat dan mengedarkannya supaya berada dalam pengetahuan guru-guru mengenai kemudahan-kemudahan yang boleh didapati dan digunakan .

Setiap penggunaannya hendaklah direkodkan di dalam Buku Rekod Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Rekod ini adalah sangat penting bagi mengesan alat-alat yang dipinjam. Bengkel pembinaan alat atau media kos rendah perlulah diadakan bagi menambahkan koleksi bahan. Antara bahan / media kos rendah yang boleh dibuat ialah seperti peta, carta, transparensi OPH, pita slaid dan sebagainya.

Bagi menjamin perkhidmatan yang berterusan, guru BBM perlu menentukan semua alatan di “service” dari masa ke semasa. Stok alat-alat ganti seperti mentol, bateri dan sebagainya hendaklah sentiasa ada untuk digunakan apabila perlu.

Perkhidmatan-perkhidmatan lain termasuklah:
  • Perkhidmatan Sal, Matematik dan Bahasa Inggeris
  • Perkhidmatan sudut Karel (di PSS)
  • Pusat Sumber Sains (makmal Sains)
  • Koleksi Soalan Peperiksaan (bilik S/u)
  • Perkhidmatan Khas
  • Khidmat Nasihat