Bengkel Matematik anjuran Persatuan Sains Matematik USM

 
Tarikh               : 23 -24 Mac 2013
Tempat              : Dewan Kuliah (G 03) Pusat Pengajian Sains Matematik USM
Guru Pengiring : Pn Azizah bt Razak
 
Peserta :
1. Muhamad Asfihanie b Ibnuataillah
2. Ahmad Harith b Ahmad Shiraz
3. Sanjaythiran a/l Ravikumar
4. Puteri Noor Anis bt Amran
5. Nur Atikah Syakirah bt Kaling
6. Shamimi bt Abdul Malik
 
 
Pada 23 dan 24 Mac 2013 Sk Machang Bubok II telah menghantar 6 orang murid Tahun 5 untuk menyertai Bengkel Matematik anjuran Persatuan Sains Matematik Universiti Sains Malaysia (USM)Hampir 100 orang pelajar sekolah rendah sekitar negeri Pulau Pianag terlibat dalam prgram ini. Sebelum sesi perbengkelan bermula, murid diagihkan dalam kumpulan kecil iaitu 18 orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang fasilitator dan 6 orang pelajar USM. Sepanjang aktiviti murid dan guru diberi pendedahan kaedah dan teknik penyelesaian matematik berkaitan topik Masalah Luas dan Perimeter, Masalah Semakan Pariti , Masalah Keterbahagian, Masalah Berkala dan Masalah Teknik Pengiraan Nombor. Sesi soaljawab, permainan dan aktiviti kumpulan turut di adakan. Diakhir program murid diberi penilaian bertulis selama 1 jam bertujuan menguji kefahaman murid berkaitan topik yang diajar sepanjang bengkel tersebut. Semua peserta menerima sijil penyertaan dari pihak penganjur. Harapan kita agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa  akan datang kerana ianya sangat bermanfaat kepada murid malah ilmu tersebut turut dikongsi bersama oleh guru-guru.
 
 

 
 

English Month - Mac 2013

 
Making Face Mask - Year 1
 

 


Open Public Speaking and Story Telling - Year 4, 5 and Year 6





 
Jazz Chant - Year 2 and 3






Aktiviti Keceriaan PSS

MemasangTunjuk Arah Luaran dan Poster Promosi  PSS 
bersama pekerja sekolah
 

 
Menceriakan PSS - bersama waris

 
Jejak ke Pusat Sumber - aktiviti bersama guru pelatih

 

Pondok Bacaan - anjuran bersama Panitia Agama Islam

 



Menyiapkan sudut 'Anjung Nilam ' -bersama AJK Kantin
 


 
Sudut PPDA - anjuran unit Hem









Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Daerah 2012

Pada 23 Feb 2013, Sk Machang telah menerima kunjungan panel penilai Anugerah Pusat Sumber Sekolah  Peringkat Daerah Seberang Tengah P. Pinang. Pegawai penilai diketuai oleh Tuan Hj Muhamad Azudin b Abdullah mewakili PPD, Tuan Hj Abdul Halim b Saad dan En Khalid Al Walid Dziyauddin Md Ishak mewakili pegawai PKG. Ketibaan panel penilai disambut oleh Pn Norhayati bt Puh Yamin (Guru Besar) , Pn Zarina Bt Beeran (PK1) dan Pn Azizah bt Razak (GPM) serta AJK PSS.

 Aturcara

8.30  - Ketibaan Panel Penilai

8.15  - Ucapan dan persembahan Multimedia 'Profil sekolah dan PSS'

8.45  - Sarapan pagi

9.00  - Penilaian di PSS

1.00  - Sesi Rumusan Hasil Penilaian PSS