KEM BAKAT '1MURID 1 SUKAN'

Tarikh :  26 April 2013
Hari     :  Sabtu
Masa   :  7.40 pagi - 12 tengah hari
Tempat : SKMBII

Kem Bakat  '1 Murid 1 Sukan ' bertujuan memberi peluang kepada semua murid mengenali, merasai pengalaman bermain disamping mempelajari  pelbagai kemahiran dalam sesuatu permainan.  Permainan  yang diketengah sepanjang Kem Bakat  '1murid 1 sukan ' diadakan ialah  Bola Sepak, Bola Jaring, Takraw dan Bola Baling. Acara dimulai dengan senamrobik di Dewan Besar yang diketuai oleh cikgu Noor Zarina. Sesi ceramah berkaitan Sukan oleh cikgu M. Youharman Seterusnya murid dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut aliran. Permainan pula dibahagikan kepada 4 stesen iaitu Bola Baling di Dewan Besar, Bola Jaring di  Tapak Perhimpunan, Takraw di Gelanggang Takraw dan Bola Sepak di Padang.











 



 

KARNIVAL BAHASA MELAYU KELOMPOK R17

Tarikh    : 22 April
Hari       :  Isnin
Tempat  : Sk Machang bubok 11
Bilangan sekolah terlibat : 13 buah
Acara yang dipertandingkan :
1.  Bercerita Tahap 1 dan 2
2.  Bahasa Berirama
3.  Pidato

Karnival Bahasa Melayu Kelompok R17 telah berlansung dengan jayanya pada 22 April 2013 di Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II. Sebanyak 13 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam Karnival Bahasa Melayu tersebut. Acara yang dipertandingkan ialah Bercerita Tahap 1 dan 2, Pidato dan Bahasa Berirama. SKMBII diwakili oleh Siti Nurraihan bt Zul Hasanain dan Nur Athirah Saffiah dalam pertandingan bercerita. Manakala Mohd Irfan Haikal b Adenan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato. Kumpulan Bahasa Berirama pula diwakili oleh murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Kumpulan Bahasa Berirama adalah di bawah pimpinan Pn Rohani bt Haroon. Berkat kesungguhan dan komitmen yang  tinggi para peserta kita , SKMBII telah berjaya menjadi Johan Pidato. Sementara Kumpulan Bahasa Berirama  dan Bercerita Tahap 2 berjaya menjadi Naib Johan. Tahniah! kepada peserta yang berjaya.

Taklimat Hakim di Bilik Mesyuarat
 
Pendaftaran Peserta