Sejarah PSS

SEJARAH PENUBUHAN PSS SKMBII


 

2005


          Sekolah Kebangsaan Machang Bubok 11   beroperasi mulai 3 Januari 2005. PSS SKMB 11 memiliki keluasan 11 BAY, turut dilengkapi dengan bilik khas seperti bilik bacaan, bilik tayang dan bilik rakaman, 2 buah makmal komputer, stor, pejabat / ruang kerja untuk bilik bacaan. Dengan jumlah staf seramai 30 orang, segalanya cuba dilakukan sesempurna mungkin. Perabot  dibekalkan ialah kaunter pinjaman, rak buku, almari besi, almari kayu, kabinet fail, rak majalah, meja dan kerusi murid.

En. Mohd Youharman telah  dilantik sebagai penyelaras PSS yang pertama, diikuti oleh Pn Nur Fatnin dan pada bulan Julai Pn Azizah telah diberi tanggungjawab sebagai penyelaras PSS sepenuhnya. Pn. Azizah dan Pn Nur Fatnin  telah bekerjasama memproses buku-buku yang dibekal oleh KPM. Guru-guru unit BBM yang diketuai oleh Pn Zaidah Wati turut membantu memproses Bahan Bantu Mengajar terrutamanya bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Oleh sebab kekurangan kemudahan komputer,  bahan-bahan (buku dan bukan buku) diproses secara manual.  Hampir sebulan buku-buku yang berjumlah 1500 buah telah siap tersusun di rak.

Pada bulan Julai, 25 orang Pengawas PSS telah dipilih dan dilantik untuk membantu guru PSS menguruskan PSS. PSS induk iaitu bilik bacaan mulai beroperasi sepenuhnya pada bulan Ogos 2005. Murid-murid mulai berkunjung ke PSS  untuk membaca dan membuat pinjaman buku. 

Bagi menceriakan suasana bilik bacaan, sebuah lukisan mural telah dihasilkan oleh Pn Azizah di bahagian dinding  belakang PSS. Bilik- bilik lain turut diceriakan dan mula beroperasi  ialah bilik tayang (kini bilik multimedia), bilik BBM,  makmal sains, bilik seni, Kemahiran Hidup dan surau.


2006

 
Pada tahun 2006 guru Penyelaras PSS ditukarkan kepada jawatan Guru Perpustakaan dan Media (GPM). Pn. Azizah bt Razak  telah dilantik oleh JPN sebagai GPM  pertama  di SKMB 11 mulai 1 Januari 2006. Beliau  bertanggungjawab menguruskan semua hal berkaitan dengan PSS serta NILAM.

2007
 
 Kelab PSS ditubuhkan pada pertengahan tahun 2007 bertujuan memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman pengawas PSS dalam bidang perpustakaan dan juga membantu GPM memajukan lagi  PSS.

         Bagi  meningkatkan pengetahuan guru tentang kepentingan dan fungsi PSS, Program Latihan dalam Perkhimatan yang berkaitan Literasi Maklumat telah diadakan khas untuk guru-guru pada bulan Jun 2008.Tiga orang Pegawai PKG telah dijemput sebagai fasilitator.


           

2008

 
Tahun 2008 PSS semakin meluas perkhidmatannya, PSS kini melebarkan sayapnya ke bilik-bilik khas seperti bilik kaunseling, makmal sains, kemahiran hidup, bilik muzik, bilik agama, bilik Bahasa Melayu, bilik SAL (Inggeris), makmal Matematik, Pen. Seni Visual, bilik pemulihan dan bilik Moral. Pengawas PSS kini bertambah kepada 27 orang termasuk murid tahun 3. Perkhidmatan pinjaman buku juga dibuka kepada murid tahun 3. Sementara murid tahun 1 dan 2, guru-guru boleh melakukan pinjaman pukal. Keceriaan PSS juga dipertingkatkan seperti memasang langsir, melabel sudut-sudut, melekatkan carta-carta dan poster bagi mempromosikan PSS.
 
 

2009

 
        Pada awal Januari tahun 2009 sekolah telah menerima 41 buah komputer lagi. Kini  makmal komputer berjumlah 2 buah  yang sedia  dilengkapi dengan kemudahan internet, Skrin , LCD, networking dan sebagainya. 

         Pada  1 April 2009 peneraju utama SKMB 11  beralih kepada Guru Besar baru iaitu Pn Hjh Aisyah bt Mat Akat menggantikan Pn Robiah yang telah bersara. Atas inisiatif beliau pada 4 Mei 2009 program sistem automasi E- Khutub Khanah  telah dibeli dan diprogram ke dalam komputer di unit bilik bacaan. Sebagai GPM Pn Azizah telah dipertanggungjawabkan untuk memproses bahan menggunakan sistem Automasi e-KK. Akhir tahun 2010 kesemua buku berjumlah 5500 buah berjaya di proses menggunakan sistem automasi. Pada tahun 2011 proses peminjaman dan pemulangan menggunakan sepenuhnya sistem automasi. Setiap pelajar, guru dan staff diwajibkan memiliki Kad Pintar bagi kemudahan meminjam buku di PSS.

Program Nilam turut dipertingkatkan, semua guru BM dan BI bertindak sebagai guru pembimbing kepada para pelajar. Mulai tahun 2009 ganjaran tahunan ialah Basikal,  Kamus Besta dan beg sekolah disediakan sebagai hadiah utama kepada pembaca terbanyak. Disamping itu hadiah bulanan turut disediakan kepada pembaca terbanyak. Hasilnya pada tahun 2010, 7 orang murid berjaya mencapai tahap NILAM. Setiap tahun Majlis Pengiktirafan NILAM akan diadakan pada Sambutan Hari Kanak-kanak.

 

2011

 
          Pengurusan Pusat Sumber yang sistematik, berpusat dan menyeluruh diharap akan dapat memberi faedah dan perkhidmatan yang maksima kepada guru-guru dan pelajar. Dalam merealisasikan impian tersebut PSS terus dibangunkan peringkat demi peringkat hingga berjaya diiktiraf sebagai PSS terbaik PKG Bukit Mertajam pada Mac 2011. Seterusnya mendapat Anugerah PSS Cemerlang Peringkat Negeri PP kategori SK Luar Bandar pada April 2012. 
          Keistimewaan PSS SKMBII ialah selaras dengan era digital kini, PSS SKMBII menggunakan sistem pengautomasian  E-KK dalam urusan pengkatalogan, perolehan bahan dan pinjaman/ pemulangan bahan.  Selain itu PSS SKMB II  dapat mewujudkan banyak bilik-bilik khas yang dilengkapi dengan kemudahan LCD  dan komputer seperti bilik Multimedia serta 2 buah makmal Komputer. Bilik-bilik lain yang dilengkapi dengan BBM seperti bilik Bahasa Mel;ayu, Bilik Bahasa Inggeris, Bilik Pemulihan, Makmal Matematik,  Bilik j-Qaf / P.Agama Islam, makmal Sains, Bengkel kemahiran Hidup, Bilik Dunia Seni Visul, Bilik Muzik, dll. P & P yang lebih kondusif dapat dijalankan di bilik-bilik tersebut. 
          Sudut -sudut yang paling manarik ialah Sudut Warisan, mula dibangunkan pada tahun 2011 atas inisiatif Guru Besar pada masa itu iaitu Pn Hjh Aishah. Pelbagai jenis khazanah warisan seperti kraf tangan, barang tembaga dipamerkan.   Barang -barang adalah sumbangan Guru Besar, guru-guru, waris pelajar dan individu komuniti setempat. Kesemuanya berjumlah 80 jenis berserta info dan maklumat turut dipamerkan. Harapan kita agar warisan tinggalan zaman berzaman ini  dapat ditatap dan dikenali oleh para pelajar .