PSS bersama panitia Bahasa Inggeris
LATIHAN KEMAJUAN STAF (LDP)
BENGKEL PEMBINAAN FAIL TEGAK
Pada 12 Mei 2012 yang lalu, PSS telah
menganjurkan Latihan Kemajuan Staf (LDP) kali ke 2 iaitu Bengkel Pembinaan Fail Tegak. Seramai 32
orang guru terlibat dalam bengkel ini. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan
dan pengetahuan kepada guru-guru tentang cara-cara mengumpul maklumat dari
pelbagai bahan contohnya surat khabar.
Pengalaman ini juga boleh digunakan bersama para pelajar semasa proses Pengajaran
& Pembelajaran di sekolah.
Guru Perpustakaan dan Media iaitu Pn
Azizah telah menyampaikan taklimat tentang tujuan bengkel, langkah – langkah dan
bahan-bahan yang diperlukan semasa aktiviti perbengkelan dijalankan. Peserta
diagihkan kepada 8 kumpulan yang terdiri dari 5 orang setiap kumpulan.
Kerjasama dan saling membantu semasa aktiviti perbengkelan dapat mengujudkan
hubungan yang mesra dan menceriakan suasana. Akhirnya sebanyak lapan buah Fail Tegak berjaya dihasilkan dengan kemas,
cantik dan memuaskan. Secara tidak lansung ianya dapat menambahkan lagi bahan koleksi PSS dan dapat dijadikan
bahan rujukan di PSS.Harapan kita
aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
PAMERAN BERTEMA 2012
BULAN
|
PANITIA
|
TEMA / TOPIK
|
JANUARI
|
SENI VISUAL
|
INDAHNYA BUDAYA KITA
|
FEBRUARI
|
SAINS
|
TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR
|
MAC
|
MATEMATIK
|
FORMULA DAN TEKA-TEKI
|
APRIL
|
A ISLAM/J-QAF
|
JEJAK RASUL
|
MEI
|
B. MELAYU
|
INFO BAHASA
|
JUN
|
B. INGGERIS
|
MALAYSIAN CULTURE
|
JULAI
|
P. MUZIK
K.TEMPATAN
|
WARISAN DAN KEBUDAYAAN
|
OGOS
|
P. SIVIK
P. MORAL
|
CUTI-CUTI MALAYSIA
|
SEPTEMBER
|
K. HIDUP
|
REKA CIPTA
|
OKTOBER
|
PJK/KO
|
PERMAINAN DULU DAN KINI
|
LATIHAN KEMAJUAN STAF (LDP)
LITERASI MAKLUMAT, PELAKSANAAN PROGRAM NILAM DAN PEMBINAAN BLOG
Program Pembangunan staf @ LDP anjuran Pusat Sumber
Sekolah kali pertama tahun ini telah diadakan pada 28 April 2012. Program ini bertujuan membantu guru-guru memantapkan
pengetahun dan memahami peranan PSS di
sekolah bagi membantu melahirkan murid-murid yang cemerlang.
Selaku Guru
Perpustakaan dan Media, Pn Azizah telah memberi penjelasan berkaitan kemahiran
Literasi Maklumat. Bagi membantu meningkatkan pencapaian Nilam, beliau turut
memberi taklmat yang panjang lebar tentang pelaksanaan Program Nilam di
sekolah.
Memandangkan PSS kini berkembang pesat dan menuju
ke arah PSS digital menjelang abad ke 21, maka sewajarnya lah guru -guru turut
didedahkan dengan teknologi terkini. Sehubungan dengan itu, En Youharman dari
unit Makmal Komputer turut memperkenalkan cara-cara membina blog. Semoga
program seperti ini dapat dijadikan pengetahuan dan pengalaman yang berguna bagi meningkatkan P & P di
sekolah.
Pelaksanaan Literasi Maklumat di sekolah
Taklimat Program Nilam dan
Pelaksanaan Nilam
Bengkel Pembinaan Blog
Langgan:
Catatan (Atom)