MINGGU PUSAT SUMBER 9-13 JULAI 2012


Bersempena dengan bulan Julai iaitu Bulan Membaca Peringkat Kebangsaan, Pusat Sumber SKMBII telah menganjurkan Program Minggu Pusat Sumber Sekolah mulai 9 hingga 13 Julai 2012. Beberapa siri aktiviti dan pertandingan telah diadakan, dengan harapan dapat menarik minat pelajar mengunjungi PSS, menggalakkan pelajar menyertai aktiviti-aktiviti ilmiah dan bersama menjayakan aktiviti PSS untuk mewujudkan masyarakat pelajar yang berilmu dan bermaklumat.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah kuiz PSS, teka silangkata, hadiah pengunjung bertuah, peraduan teka muka surat buku, pertandingan mewarna kulit buku, pertandingan melukis poster, peraduan tonton dan menang, pertandingan congkak, peraduan menulis sinopsis cerita, bengkel Literasi Maklumat/Nilam, pameran dan jualan buku.

AKTIVITI-AKTIVITI MINGGU PSS SKMBII 2012

Pertandingan mewarna Prasekolah 

Pertandingan melukis poster.

Pertandingan tulisan cantik

Literasi Maklumat dan  Nilam

Aktiviti Literasi Maklumat

Pameran dan Jualan Buku bersama 'Book Attack'



Kuiz Spontan PSS 


Pertandingan Mewarna Kulit Buku 



Pengunjung Bertuah


Pertandingan menulis sinopsis cerita

Teka Muka Surat Buku


Pertandingan Congkak


PEMENANG-PEMENANG PERTANDINGAN MIMGGU PSS 2012








BENGKEL KAMPUS ASTRO



LAPORAN RINGKAS
        Pada 16 Jun 2012 yang lalu, Pusat Sumber Sekolah SKMBII telah menganjurkan Program Peningkatan Profesionalisma Guru (LDP). Program ini adalah anjuran bersama unit LDP dan  Pusat Sumber SKMBII dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Bukit Mertajam. Pengisian program ialah Bengkel Kampus Astro dalam komuniti sekolah, Brain Trainer. Zoom-A dan Teknik Bercerita. Seramai 31 orang guru terlibat dalam program ini.
Objektif program  ialah supaya guru-guru mendapat pendedahan dan pengetahuan tentang  :
Ø  Kefahaman guru tentang Kampus Astro dalam komuniti sekolah.
Ø  Penggunaan medium baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ø  Menggalakkan proses inovasi kepada guru dalam proses P & P.
Ø  Teknik bercerita dalam P & P di dalam kelas.
Ø  Program mencerdaskan dan meningkatkan daya berfikir anak-anak.




Pn Azizah selaku penyelaras proram telah menjemput En Rosli b Hashim dari PKG Bukit Mertajam sebagai fasilitator Kampus Astro. Sementara Pn Siti Fatimah bt Ahmad sebagai fasilitator ‘Teknik Bercerita’, Pn Fatimah Din sebagai fasilatator: ‘zoom-A’ dan En Ng Ramesh dari ‘Brain Trainner’.
         
Pn Fatimah bt Din telah menyampaikan tentang pennggunaan Zoom-A sebagai salah satu  bahan multimedia yang dapat membantu guru-guru semasa proses P & P. Pn Siti Fatimah bt Ahmad pula telah mengadakan bengkel teknik bercerita yang boleh  menarik perhatian murid  dengan cara menyanyi, melukis, membina origami dsbnya.  Teknik bercerita ini turut dipraktikkan semasa aktiviti perbengkelan ini.


Sepanjang bengkel ini pelbagai pengetahuan dan pemgalaman diperolehi oleh guru-guru dan semestinya boleh diaplikasikan di dalam kelas bersama para pelajar semasa  proses Pengajaran  & Pembelajaran. 

Harapan kita aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.