SKMB II berasa bertuah kerana telah dicalonkan oleh BTPN negeri Pulau
Pinang untuk menyertai Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah
Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2011. Oleh itu, pada 23
Februari 2012, SKMB II telah menerima kehadiran 3 orang hakim pertandingan tersebut
iaitu Pn Yasmin @ Rodiah bt Abdul pegawai PPD Timur Laut, En Muhamad
Radzi b Nanyan pegawai PKG Air Tawar dan En Mohd Faisal b Hj Ismail
pegawai PKG Penanti.
En Azmi b Ahmad Penolong Kanan Hem, Pn Saksinar PK
P.Khas serta Pn Azizah bt Razak selaku GPM telah mengiringi para
pegawai penilai melawat semua bilik-bilik khas dan sekitar sekolah.Destinasi terakhir ialah, lawatab dan penilaian ke atas Pusat Sumber induk iaitu
perpustakaan dan bilik multimedia.
Sesungguhnya sesi lawatan dan penilaian ini sangat bermakna kerana ianya dapat menilai sejauh mana keberkesanan Pusat Sumber sebagai nadi sekolah disamping dapat melakukan penambahbaikan. Sejambak TAHNIAH!!! diucapkan kepada semua organisasi
induk dan AJK kerja yang bertungkus lumus bersama-sama mengangkat nama
Pusat Sumber SKMBII.