BULAN PUSAT SUMBER DAN BULAN BAHASA



           Setiap tahun, Pusat Sumber Sekolah akan mengadakan pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan lagi peranan PSS sebagai nadi sekolah. Oleh itu sepanjang bulan Oktober ini telah diadakan Bulan Pusat Sumber sekali gus merangkumi semua aktiviti yang disarankan oleh KPM pada setiap tahun iaitu Kem Membaca 1 Malaysia dan Bulan Bahasa. Salah satu daripada KPI Menteri Pelajaran Malaysia ialah ”100% murid normal mencapai kemahiran literasi dan numerasi selepas 3 tahun di sekolah rendah menjelang tahun 2015”, justeru pelaksanaan program-program seumpama ini dilihat mampu membantu pencapaian KPI tersebut. Program KM1M mengambil masa 3 hari iaitu pada 28, 29 dan 30 Oktober telah pun dilaksanakan bersama JPN, BTPN, PKG, sekolah dengan perkongsian pintar seperti PNM, IPTA/IPTS , RHB, scholastic dll.

     Bulan Oktober merupakan Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan yang akan disambut setiap tahun di semua peringkat institusi pendidikan di Malaysia. Ianya bertujuan memantapkan, memperkukuhkan  dan mempamerkan jati diri bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.


         Bersempena dengan itu, PSS telah berkolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, unit Bim/Kauseling dan unit Ko-Kurikulum bagi bersama-sama menganjurkan aktiviti yang bersesuaian  dengan program-program tersebut. Bagi memperbanyakkan aktiviti di sekolah yang mempunyai kaitan dengan PSS, panitia-panitia lain juga dialu-alukan untuk bersama-sama menyumbangkan idea dalam menjayakan aktiviti PSS. Selain dapat mengingatkan dan menghayati pentingnya  budaya membaca, program ini juga dapat mencungkil dan melahirkan kreativiti pelajar dalam akademik dan ko-akademik. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dirancang dan disusun mengikut tahap murid. 


PERTANDINGAN KUIZ LITERASI MAKLUMAT 


PERTANDINGAN MENULIS SINOPSIS CERITA


JEJAK MAKLUMAT 

PERTANDINGAN BERCERITA

 PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA

 
PERTANDINGAN MENULIS PANTUN

 LITERASI MAKLUMAT T6



PERTANDINGAN MEMBINA 'GUNUNG BERAPI' 









LAWATAN KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM P. PINANG DAN THE NEW STRAITS TIMES PRESS

Tarikh    : 15 Mei 2013
Hari       : Rabu
Masa      : 8.30 hingga 5.00 ptg
Tempat  : 1. Perbadanan Perpustakaan Awam P.Pinang di Seberang Jaya
                2. The New Straits Times Press di Kawasan Perindustrian Perai
       
Tiba di PPA pada pukul 10 pagi
 Di Bilik Aktiviti
 Pengagihan kumpulan aktivti
 Aktivti Info Hunt
 Lawatan ke Galeri P Ramlee
 Sesi taklimat dan pendaftaran keahlian PPA
 Peserta dibawa melawat setiap bilik/ruang PPA
 Penyampaian Hadiah kepada pemenang  Info hunt
 Sesi bergambar kenangan bersama pegawai PPA
 
 
Tiba di NST kawasan Perindustrian Perai jam 2.30 ptg.
 Mendengar taklimat daripada pegawai NST
Peserta tekun mendengar taklimat cara-cara image dihasilkan
 Di samping roller kertas akhbar
 Di ruangan akhbar dicetak

 Kenangan di hadapan Kilang NST
 

LAWATAN GPM SK TANAH LIAT DAN GPM SK PMTG PAUH KE PUSAT SUMBER


GPM  dan Guru NILAM SK Tanah Liat






 PK1 dan GPM SK Pmtg Pauh di PSS

 Di Bilik Pemulihan
 Di Bilik Bimbingan Kaunseling

AKTIVITI DI PUSAT SUMBER SEKOLAH


Proses Pinjaman dan Pemulangan bahan menggunakan
sistem Automasi E-KK

 
Perjumpaan Pengawas PSS 

Pengawas melakukan Proses Teknik Bahan

 
Mengemaskini Rak  Buku
 

 Guru menggunakan kemudahan di PSS bagi tujuan P & P
 
 
Peserta Karnival Bahasa mengadakan latihan di PSS
 
 
 Sumber Kewangan: Jualan Akhbar Berita Harian

Jualan majalah
 
 
Kemudahan Pemulangan Buku
 
Permainan dalaman pada waktu rehat 
 

 
 
Pengawas melakukan proses Pilih Buang dan Baikpulih Buku