BULAN PUSAT SUMBER DAN BULAN BAHASA



           Setiap tahun, Pusat Sumber Sekolah akan mengadakan pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan lagi peranan PSS sebagai nadi sekolah. Oleh itu sepanjang bulan Oktober ini telah diadakan Bulan Pusat Sumber sekali gus merangkumi semua aktiviti yang disarankan oleh KPM pada setiap tahun iaitu Kem Membaca 1 Malaysia dan Bulan Bahasa. Salah satu daripada KPI Menteri Pelajaran Malaysia ialah ”100% murid normal mencapai kemahiran literasi dan numerasi selepas 3 tahun di sekolah rendah menjelang tahun 2015”, justeru pelaksanaan program-program seumpama ini dilihat mampu membantu pencapaian KPI tersebut. Program KM1M mengambil masa 3 hari iaitu pada 28, 29 dan 30 Oktober telah pun dilaksanakan bersama JPN, BTPN, PKG, sekolah dengan perkongsian pintar seperti PNM, IPTA/IPTS , RHB, scholastic dll.

     Bulan Oktober merupakan Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan yang akan disambut setiap tahun di semua peringkat institusi pendidikan di Malaysia. Ianya bertujuan memantapkan, memperkukuhkan  dan mempamerkan jati diri bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.


         Bersempena dengan itu, PSS telah berkolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, unit Bim/Kauseling dan unit Ko-Kurikulum bagi bersama-sama menganjurkan aktiviti yang bersesuaian  dengan program-program tersebut. Bagi memperbanyakkan aktiviti di sekolah yang mempunyai kaitan dengan PSS, panitia-panitia lain juga dialu-alukan untuk bersama-sama menyumbangkan idea dalam menjayakan aktiviti PSS. Selain dapat mengingatkan dan menghayati pentingnya  budaya membaca, program ini juga dapat mencungkil dan melahirkan kreativiti pelajar dalam akademik dan ko-akademik. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dirancang dan disusun mengikut tahap murid. 


PERTANDINGAN KUIZ LITERASI MAKLUMAT 


PERTANDINGAN MENULIS SINOPSIS CERITA


JEJAK MAKLUMAT 

PERTANDINGAN BERCERITA

 PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA

 
PERTANDINGAN MENULIS PANTUN

 LITERASI MAKLUMAT T6



PERTANDINGAN MEMBINA 'GUNUNG BERAPI'