KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH


Program Kem Membaca 1 Malaysia  dan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah diadakan  serentak mulai  10 Okt 2011 hingga 1 Nov 2011.  Program ini bertujuan untuk menanam minat membaca yang berterusan terutamanya selepas peperiksaan dan memenuhi masa lapang  pada cuti persekolahan akhir tahun. Aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan pula bertujuan memartabatkan Bahasa Kebangsaan. Majlis Pelancaran dan perasmian telah diadakan di Dewan Besar SKMB 11 pada 10 Okt 2011 dengan dihadiri oleh semua murid dan guru SKMB11. Puan Hjh Aishah selaku Guru Besar telah sudi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Berikutan itu semua warga SKMBII membaca serentak selama 10 minit. Pada hari berikutnya, bacaan 10 minit diadakan setiap pagi ditapak perhimpunan. 

Aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan dipenuhi dengan pertandingan ejaan, cari kata, susun perkataan, silangkata, bercerita, bersyair dan mendeklamasi sajak Bulan Bahasa Kebangsaan dijalankan oleh Panitia Bahasa Melayu.
Sementara itu Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan 'English Day' pada 31 Okt 2011. Aktiviti yang telah dijalankan ialah spelling Bee, word puzle dan story telling

J/kuasa Nilam pula telah menyediakan ganjaran kepada pembaca terbanyak dan peminjam buku terbanyak sebagai galakan kepada murid-murid yang menunjukkan minat yang tinggi dan berterusan dalam aktiviti membaca.

Kebanyakan aktiviti dijalankan selepas PKSR 2. Pada 1 Nov 2011 telah diadakan Majlis penutup  dan Penyampaian Hadiah iaitu acara kemuncak  Kem Membaca 1 Malaysia dan Bulan Bahasa Kebangsaan. PK  Ko-Kurikulum En Shahrudin telah sudi untuk menyempurnakan majlis penutup. Majlis ini dipenuhi dengan acara pertandingan akhir ejaan, susun perkataan, bercerita, mendeklamasi sajak dan bersyair. Akhir sekali diadakan acara Pengiktirafan Nilam, penyampaian hadiah Bulan Bahasa Kebangsaan dan English Day. 

Diharap program seperti dapat menarik minat dan menanam tabiat membaca disamping dapat mencungkil bakat murid.