MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2012


       Pada 5 Mac 2012 telah berlangsungnya majlis Pelancaran Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) 2012.  Majlis ini bertujuan memupuk dan menyemai tabiat membaca yang berterusan di kalangan murid-murid dan warga SKMBII. Disamping itu  mempromosi hadiah NILAM bagi pembaca terbanyak iaitu sebuah basikal bernilai RM 250 turut dipamerkan di PSS sepanjang tahun ini . Semoga  ianya dapat menarik minat dan menggalakkan murid-murid untuk menyertai dalam sebarang aktiviti yang akan dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah. 
     Bermula pukul 8.15 pagi  semua warga SKMBII berkumpul di tapak perhimpunan. Lafaz doa yang dipimpin  oleh Ustaz Mohd Shahrul adalah pembuka tirai majlis. Diikuti dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu Cik Nazirah bt Jabri. Kemudian, Pn Azizah selaku Guru Perpustakaan &; Media merangkap penyelaras NILAM telah menyampaikan taklimat berkaitan program  yang bakal diadakan sepanjang tahun 2012. 

Kemuncak acara ialah ucapan dan perasmian Pelancaran NILAM 2012  oleh Pn Hjh Aishah bt Mat Akat Guru Besar SKMBII. Serentak dengan itu baner Pelancaran Nilam diturunkan dan tembakan  kertas berwarna-warni dilepaskan. Bagi memeriahkan suasana, acara persembahan guru iaitu memperomosikan buku cerita  yang terdapat di PSS diadakan. Diakhir acara ialah nyanyian lagu NILAM beramai-ramai yang diketuai oleh para pengawas PSS.
     Semoga dengan berlangsungnya majlis ini, minat membaca dalam diri muri-murid dapat ditingkatkan.