LAPORAN
RINGKAS
Pada 16 Jun 2012 yang lalu, Pusat Sumber
Sekolah SKMBII telah menganjurkan Program Peningkatan Profesionalisma Guru
(LDP). Program ini adalah anjuran bersama unit LDP dan Pusat Sumber SKMBII dengan kerjasama Pusat
Kegiatan Guru Bukit Mertajam. Pengisian program ialah Bengkel Kampus Astro
dalam komuniti sekolah, Brain Trainer. Zoom-A dan Teknik Bercerita. Seramai 31
orang guru terlibat dalam program ini.
Objektif program ialah supaya
guru-guru mendapat pendedahan dan pengetahuan tentang :
Ø Kefahaman guru tentang Kampus Astro dalam komuniti sekolah.
Ø Penggunaan medium baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ø Menggalakkan proses inovasi kepada guru dalam proses P & P.
Ø Teknik bercerita dalam P & P di dalam kelas.
Ø Program mencerdaskan dan meningkatkan daya berfikir anak-anak.
Pn Azizah selaku penyelaras proram telah menjemput En Rosli b Hashim dari PKG Bukit Mertajam sebagai fasilitator Kampus Astro. Sementara Pn Siti Fatimah bt Ahmad sebagai fasilitator ‘Teknik Bercerita’, Pn Fatimah Din sebagai fasilatator: ‘zoom-A’ dan En Ng Ramesh dari ‘Brain Trainner’.
Pn Fatimah bt Din telah menyampaikan
tentang pennggunaan Zoom-A sebagai salah satu
bahan multimedia yang dapat membantu guru-guru semasa proses P & P.
Pn Siti Fatimah bt Ahmad pula telah mengadakan bengkel teknik bercerita yang
boleh menarik perhatian murid dengan cara menyanyi, melukis, membina origami
dsbnya. Teknik bercerita ini turut
dipraktikkan semasa aktiviti perbengkelan ini.
Sepanjang bengkel ini pelbagai pengetahuan dan pemgalaman diperolehi
oleh guru-guru dan semestinya boleh diaplikasikan di dalam kelas bersama para
pelajar semasa proses Pengajaran & Pembelajaran.
Harapan kita aktiviti seperti ini
dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.