Lawatan guru-guru Sk Stowell ke Pusat Sumber Sekolah SKMB II

Pusat Sumber SKMBII sangat berbesar hati di atas lawatan Guru Besar SK Stowell En Rosli  dan PK Ko En Ahmad beserta 3 orang guru ke Pusat Sumber SKMBII pada 22 Februari 2013. Tujuan lawatan ini ialah untuk berkongsi ilmu dan maklumat berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Pusat Sumber Sekolah di samping dapat mengeratkan hubungan mesra dan saling bantu membantu dalam usaha membangunkan Pusat Sumber Sekolah. Kedatangan ahli rombongan disambut oleh GPM iaitu Pn Azizah. Ahli rombongan dibawa melawat ke perpustakaan SKMBII dan juga kawasan sekitar. Hasil lawatan ini sedikit sebanyak dapat membantu  GPM  yang baru dilantik khasnya dalam kawasan PKG BM untuk bersama-sama menyumbang idea dalam membangunkan Pusat Sumber Sekolah .





Pemantauan dan Khidmat Nasihat dari PKG Bukit Mertajam


CATATAN 

23 Januari 2013 -Cik Norhafiza dari PKG B.Mertajam telah berkunjung ke PSS SKMBII untuk   
                              memberi khidmat nasihat berkaitan PSS.



6 Februari 2013 - Mesyuarat GPM  kawasan B.Mertajam  telah diadakan di PKG Bukit Mertajam .








22 Februari 2013 - Cik Norhafiza melakukan pemantauan kali ke 2 , Tumpuan utama persediaan
                               semasa kunjungan panel  Penilai Anugerah PSS peringkat PPD Tengah pada 25
                               Februari 2013.







Majlis Pelancaran NILAM 2013

Pada 4 Februari 2013, telah berlansungnya Majlis Pelancaran Program NIlAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) 2013. Majlis diadakan di Dewan Besar SKMBII, bermula pukul 8 pagi. Majlis ini bertujuan memupuk dan menyemai tabiat membaca yang berterusan di kalangan pelajar dan warga SKMBII. Disamping itu dapat mempromosikan hadiah NILAM bagi pembaca terbanyak iaitu sebuah basikal fixi bernilai RM450. Hadiah basikal dan hadiah lain akan dipamerkan sepanjang tahun di PSS .
Acara dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis dan ucapan perasmian oleh Pn Hjh Aishah selaku Guru Besar. Seterusnya taklimat program NILAM oleh GPM Pn Azizah bt Razak. Beliau menjelaskan tentang program yang bakal diadakan sepanjang tahun ini dan ganjaran yang bakal diterima oleh pembaca terbanyak 2013.

Kemuncak acara ialah penyerahan bakul NIlam kepada semua guru kelas oleh Pn Hjh Aishah. Bakul Nilam mengandungi 35 buku fiksyen, merupakan pinjaman secara pukal dari PSS kepada guru kelas untuk bulan pertama tahun ini. Buku-buku ini boleh diletakkan disudut NILAM di dalam kelas.







Harapan kita semoga majlis seperti ni dapat menarik minat para pelajar untuk menjadikan buku sebagai bahan bacaan yang berterusan seterusnya meningkatkan tahap jauhari dan rakan pembaca.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas 2013

Pada tanggal 21 Januari 2013 , majlis penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas telah diadakan. Penyerahan Watikah ini melibatkan semua pengawas sekolah, pengawas PSS dan pengawas SPBT. Majlis bermula pukul 7.40 pagi di tapak perhimpunan sempena perhimpunan rasmi mingguan. Semua pengawas berkumpul di kiri dan kanan tapak perhimpunan dengan segak berpakaian kemas. Majlis di pengerusikan oleh Pn Norzaini selaku guru penasihat pengawas. Majlis dimulakan dengan lafaz doa oleh Ustaz Shahrul diikuti dengan ucapan En Roslan selaku PK HEM . Pn Zarina bt Beeran PK1 SKMBII telah menyampaikan ucapan seterusnya melakukan upacara penyerahan watikah Pelantikan Pengawas.

Ketua Pengawas / ketua murid  : Mohd Irfan Haikal bt Adenan
Pen. Ketua Pengawas                : Siti Nurraihan bt Zul Hasanain
Ketua Pengawas PSS                : Mohd Arif Fitri b Zamli
Pen. Ketua Pengawas PSS        : Nurul Izzati Amani bt Asare
Ketua Pengawas SPBT             : Mohd Hakimi b Rahimi












Mesyuarat PSS kali Pertama sesi 2013

Pada 14 Jan 2013, mesyuarat Pusat Sumber Sekolah SKMBII buat kali pertama tahun 2013 telah diadakan. Mesyuarat ini bermula pukul 1.40 ptg,  telah dipengerusikan oleh Pn Zarina bt Beeran Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum. Turut hadir Pn Hjh Aishah bt Mat Akat selaku penasihat AJK Induk PSS. Kesemua AJK induk, AJK kerja dan AJK Nilam dijemput hadir pada mesyuarat kali ini.
Agenda mesyuarat ialah:
1. Ucapan Pengerusi - Pn Zarina bt Beeran

2. Ucapan Penasihat - Pn Hjh Aishah bt Mat Akat
3. Perlantikan AJK- bidang tugas dijelaskan oleh Pn Zarina dan Pn Azizah
4. Fail Kuasa - prosedur PSS dijelaskan oleh Pn Azizah
5. Perancangan Aktiviti Tahunan
   * Orientasi PSS
   * Pinjaman buku dan BBM
   * Program Nilam
   * Program 'Jom Baca Sekejap'
   * Pameran Bertema anjuran Panitia
   * English Month
   * Minggu PSS
   * Kem Membaca 1M dan Bulan Bahasa
   * Kem Kepimpinan Pengawas PSS
   * Lawatan / Bengkel
   * LDP - P & P bahan digital
6. Anggaran Perbelanjaan
7. Hal-hal lain
.

Minit mesyuarat dicatat oleh Pn Rohana bt Che Man Penolang setiausaha AJK Induk PSS. Mesyuarat berakhir pada pukul 3.30 petang.





Orientasi PSS 2013

Program Orientasi  PSS telah adakan pada 31 Disember  2012 di Dewan SKMBII. Brosur PSS dan NILAM telah diedarkan kepada Para waris Tahun 1 oleh AJK PSS. GPM telah menyampaikan taklimat tentang peranan Pusat Sumber Sekolah dan Program NILAM kepada semua waris Tahun 1.

Sepanjang minngu pertama dan kedua murid-murid Tahun 1 dan murid yang baru bertukar ke sekolah ini dibawa masuk ke PSS . AJK PSS dan guru -guru turut membantu memperkenalkan dan mempromosikan PSS kepada murid-murid tersebut. Peraturan dan perkhidmatan dijelaskan kepada murid-murid berkenaan. Semoga program seperti ini dapat menyemarakkan lagi minat murid-murid untuk berkunjung  dan menjadikan PSS sebagai destinasi rujukan ilmu.