Bengkel Matematik anjuran Persatuan Sains Matematik USM

 
Tarikh               : 23 -24 Mac 2013
Tempat              : Dewan Kuliah (G 03) Pusat Pengajian Sains Matematik USM
Guru Pengiring : Pn Azizah bt Razak
 
Peserta :
1. Muhamad Asfihanie b Ibnuataillah
2. Ahmad Harith b Ahmad Shiraz
3. Sanjaythiran a/l Ravikumar
4. Puteri Noor Anis bt Amran
5. Nur Atikah Syakirah bt Kaling
6. Shamimi bt Abdul Malik
 
 
Pada 23 dan 24 Mac 2013 Sk Machang Bubok II telah menghantar 6 orang murid Tahun 5 untuk menyertai Bengkel Matematik anjuran Persatuan Sains Matematik Universiti Sains Malaysia (USM)Hampir 100 orang pelajar sekolah rendah sekitar negeri Pulau Pianag terlibat dalam prgram ini. Sebelum sesi perbengkelan bermula, murid diagihkan dalam kumpulan kecil iaitu 18 orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang fasilitator dan 6 orang pelajar USM. Sepanjang aktiviti murid dan guru diberi pendedahan kaedah dan teknik penyelesaian matematik berkaitan topik Masalah Luas dan Perimeter, Masalah Semakan Pariti , Masalah Keterbahagian, Masalah Berkala dan Masalah Teknik Pengiraan Nombor. Sesi soaljawab, permainan dan aktiviti kumpulan turut di adakan. Diakhir program murid diberi penilaian bertulis selama 1 jam bertujuan menguji kefahaman murid berkaitan topik yang diajar sepanjang bengkel tersebut. Semua peserta menerima sijil penyertaan dari pihak penganjur. Harapan kita agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa  akan datang kerana ianya sangat bermanfaat kepada murid malah ilmu tersebut turut dikongsi bersama oleh guru-guru.