KARNIVAL BAHASA MELAYU KELOMPOK R17

Tarikh    : 22 April
Hari       :  Isnin
Tempat  : Sk Machang bubok 11
Bilangan sekolah terlibat : 13 buah
Acara yang dipertandingkan :
1.  Bercerita Tahap 1 dan 2
2.  Bahasa Berirama
3.  Pidato

Karnival Bahasa Melayu Kelompok R17 telah berlansung dengan jayanya pada 22 April 2013 di Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II. Sebanyak 13 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam Karnival Bahasa Melayu tersebut. Acara yang dipertandingkan ialah Bercerita Tahap 1 dan 2, Pidato dan Bahasa Berirama. SKMBII diwakili oleh Siti Nurraihan bt Zul Hasanain dan Nur Athirah Saffiah dalam pertandingan bercerita. Manakala Mohd Irfan Haikal b Adenan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato. Kumpulan Bahasa Berirama pula diwakili oleh murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Kumpulan Bahasa Berirama adalah di bawah pimpinan Pn Rohani bt Haroon. Berkat kesungguhan dan komitmen yang  tinggi para peserta kita , SKMBII telah berjaya menjadi Johan Pidato. Sementara Kumpulan Bahasa Berirama  dan Bercerita Tahap 2 berjaya menjadi Naib Johan. Tahniah! kepada peserta yang berjaya.

Taklimat Hakim di Bilik Mesyuarat
 
Pendaftaran Peserta