Minggu Anti Dadah

Mulai 2 Feb 2014 telah diadakan  Minggu Anti Dadah peringkat sekolah di SKMBII anjuran unit HEM. Sepanjang minggu tersebut telah dipenuhi dengan aktiviti  5 minit ceramah pada setiap pagi di waktu perhimpunan sebelum masuk ke kelas. Ceramah   telah disampaikan oleh En Yusnizan berkaitan dengan bahaya dadah, jenis-jenis dadah, kesan buruk akibat penyalahgunaan dadah. Pelbagai maklumat tentang penyalahgunaan dadah serta bahaya dadah kepada diri turut dipamerkan di Sudut PPDA.