LATIHAN KEMAJUAN STAF (LDP)

LITERASI MAKLUMAT, PELAKSANAAN PROGRAM NILAM DAN PEMBINAAN BLOG




       Program Pembangunan staf @ LDP anjuran Pusat Sumber Sekolah kali pertama tahun  ini telah diadakan pada 28 April 2012. Program ini  bertujuan membantu guru-guru memantapkan pengetahun  dan memahami peranan PSS di sekolah bagi membantu melahirkan murid-murid yang cemerlang. 
      Selaku Guru Perpustakaan dan Media, Pn Azizah telah memberi penjelasan berkaitan kemahiran Literasi Maklumat. Bagi membantu meningkatkan pencapaian Nilam, beliau turut memberi taklmat yang panjang lebar tentang pelaksanaan Program Nilam di sekolah. 
       Memandangkan PSS kini berkembang pesat dan menuju ke arah PSS digital menjelang abad ke 21, maka sewajarnya lah guru -guru turut didedahkan dengan teknologi terkini. Sehubungan dengan itu, En Youharman dari unit Makmal Komputer turut memperkenalkan cara-cara membina blog. Semoga program seperti ini dapat dijadikan pengetahuan dan pengalaman  yang berguna bagi meningkatkan P & P di sekolah.


 
Pelaksanaan Literasi Maklumat di sekolah
 

 
Taklimat Program Nilam dan Pelaksanaan Nilam


 Bengkel Pembinaan Blog