LATIHAN KEMAJUAN STAF (LDP)

  BENGKEL PEMBINAAN FAIL TEGAK

        Pada 12 Mei 2012 yang lalu, PSS telah menganjurkan Latihan Kemajuan Staf (LDP) kali ke 2  iaitu Bengkel Pembinaan Fail Tegak. Seramai 32 orang guru terlibat dalam bengkel ini. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada guru-guru tentang cara-cara mengumpul maklumat dari pelbagai bahan contohnya surat khabar.  Pengalaman ini juga boleh digunakan bersama para pelajar semasa proses Pengajaran  & Pembelajaran di sekolah. 

        Guru Perpustakaan dan Media iaitu Pn Azizah telah menyampaikan taklimat tentang tujuan bengkel, langkah – langkah dan bahan-bahan yang diperlukan semasa aktiviti perbengkelan dijalankan. Peserta diagihkan kepada 8 kumpulan yang terdiri dari 5 orang setiap kumpulan. Kerjasama dan saling membantu semasa aktiviti perbengkelan dapat mengujudkan hubungan yang mesra dan menceriakan suasana. Akhirnya sebanyak lapan buah  Fail Tegak berjaya dihasilkan dengan kemas, cantik dan memuaskan. Secara tidak lansung ianya dapat menambahkan  lagi bahan koleksi PSS dan dapat dijadikan bahan rujukan  di PSS.Harapan kita aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.